Memeluk Islam Ann Wan Seng

Buku Rahsia bisnes orang Cina tulisan Ann Wann Seng

Ann Wann Seng memeluk Islam setelah mendalami agama itu lebih 10 tahun kerana menerima bantahan keluarganya yang beragama Buddha. Kajian perbandingan agama telah dilakukan secara intensif dan mendapati ajaran Islam bersifat sejagat. Beliau telah memeluk Islam lebih 20 tahun tetapi masyarakat Melayu masih menganggapnya mualaf.[1]

Beliau kagum dengan masyarakat Islam yang bertahan di China. Sahabat Nabi, Sa'ad ibn Abi Waqqas telah mengiIslamkan penduduk negara China sebelum Islam sampai di Asia Tenggara. Kini terdapat 136 juta penduduk yang beragama Islam di China.